Dakwah Islam, Essays (high school) of Culture & Society

Kesalahan Teknik Berdakwah

Typology: Essays (high school)

2014/2015

Uploaded on 07/13/2015

ackmar
ackmar 🇲🇾

1 document

1 / 1

Toggle sidebar

This page cannot be seen from the preview

Don't miss anything!

bg1
PENDAHULUAN
Dakwah berasal dari perkataan Arab. Dari segi bahasa ia bermaksud menyeru,
memanggil, mengajak dan menjemput. Dari segi istilah pula, ia mendorong manusia
agar kebajikan dan petunjuk. Dalam erti kata lain, dakwah adalah mengajak umat
manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk petunjuk Allah dan Rasul-Nya.
Menurut Ali Bin Abdul Halim Mahmud mengatakan bahawa dakwah ilallah brmaksud
kita berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi
dan rasul, taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti demi semua yang dilarang
dan membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Erti berdakwah adalah
mengajak kepada din Islam, penutup segala Kalamullah serta agama yang paling
sempurna dan syamil (komprehensif). Islam merupakan agama yang telah dijamin
oleh Allah penjagaannya sedangkan agama-agama yang lain diserahkan kepada
para pemeluknya. Hanya Islam yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.
Dakwah adalah satu usaha mengajak manusia beriman kepada Allah dengan
membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh RTasulullah SAW, dakwah juga
mengajak atau menyeru manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan
diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza
seperti :
i. Maksud dakwah secara umum, ialah sutu ilmu pengetahuan yang berisi
kaedah-kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk
pendakwah itu menarik perhatian atau minat seseorang untuk menganut,
menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi tertentu.
ii. Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh
kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk
kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka
masuk ke syurga, seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dengan agama
inilah, Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan
yang diredhai Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya.
Beruntunglah bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang
berbunyi :
“Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang
beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan
(yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.” (Al-Maidah : 56)
Zaman moden ini, dakwah sangat diperlukan untuk membendung segala masalah
yang berlaku. Ini menunjukkan bahawa seorang pendakwah perlu mempunyai
persediaan dan jati diri yang kuat. Bukan mudah hendak berdepan dengan manusia
ini, kerana ia mempunyai berbagai karenah dan berbagai rintangan yang perlu
dihadapi oleh pendakwah, jika tidak mempunyai persiapan yang rapi, maka
seseorang pendakwah itu akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan ia juga
tidak sanggup lagi untuk menghadapi masalah ini.

Partial preview of the text

Download Dakwah Islam and more Essays (high school) Culture & Society in PDF only on Docsity!

PENDAHULUAN

Dakwah berasal dari perkataan Arab. Dari segi bahasa ia bermaksud menyeru, memanggil, mengajak dan menjemput. Dari segi istilah pula, ia mendorong manusia agar kebajikan dan petunjuk. Dalam erti kata lain, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Menurut Ali Bin Abdul Halim Mahmud mengatakan bahawa dakwah ilallah brmaksud kita berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan rasul, taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti demi semua yang dilarang dan membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Erti berdakwah adalah mengajak kepada din Islam, penutup segala Kalamullah serta agama yang paling sempurna dan syamil (komprehensif). Islam merupakan agama yang telah dijamin oleh Allah penjagaannya sedangkan agama-agama yang lain diserahkan kepada para pemeluknya. Hanya Islam yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.

Dakwah adalah satu usaha mengajak manusia beriman kepada Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh RTasulullah SAW, dakwah juga mengajak atau menyeru manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza seperti :

i. Maksud dakwah secara umum, ialah sutu ilmu pengetahuan yang berisi

kaedah-kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk pendakwah itu menarik perhatian atau minat seseorang untuk menganut, menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi tertentu.

ii. Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh

kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka masuk ke syurga, seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dengan agama inilah, Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang diredhai Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya. Beruntunglah bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang berbunyi :

“Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.” (Al-Maidah : 56)

Zaman moden ini, dakwah sangat diperlukan untuk membendung segala masalah yang berlaku. Ini menunjukkan bahawa seorang pendakwah perlu mempunyai persediaan dan jati diri yang kuat. Bukan mudah hendak berdepan dengan manusia ini, kerana ia mempunyai berbagai karenah dan berbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh pendakwah, jika tidak mempunyai persiapan yang rapi, maka seseorang pendakwah itu akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan ia juga tidak sanggup lagi untuk menghadapi masalah ini.