This report is about current issues, Study Guides, Projects, Research of Humanities

This report we have to explain “sebab akibat punca cara menyelesaikan masalah” alla of this we got from thesis and research from google scolar new paper

Typology: Study Guides, Projects, Research

2022/2023

Uploaded on 11/28/2023

hidayah-junaidi
hidayah-junaidi 🇲🇾

1 document

1 / 26

Toggle sidebar

This page cannot be seen from the preview

Don't miss anything!

bg1
CENTRE FOR HUMAN SCIENCES
Declaration:
I/we acknowledge that the plagiarism* is prohibited in academia,
I/we have taken proper care of safeguarding this work and made all
reasonable effort to ensure it could not be copied,
I/we acknowledge that the assessor of this assignment may for the purposes
of assessment, reproduce the assignment and:
o Provide to another member of faculty; and/or
o Communicate it to the university’s plagiarism checking service
(which may then retain a copy of the assignment on its database for
the purpose of future plagiarism checking),
I/we understand the consequences for engaging in plagiarism, such as
deduction in mark, or total rejection.
I/we certify that I/we have not plagiarised the work of others or participated
in unauthorised collusion** when preparing this assignment. This assignment
is original and has not previously submitted as part of another subject,
The percentage of individual contribution below is true.
TYPE OF
ASSIGNMENT:
ESSAY
GROUP NAME/
NUMBER:
GROUP 5
SECTION:
06G
LECTURER:
DR MOHD SUHARDI
BIN MAT JUSOH
COURSE:
UHC1012
FALSAFAH DAN
ISU SEMASA
TITLE:
RASUAH & KORUPSI DALAM KALANGAN SEMUA LAPISAN
MASYARAKAT
DUE DATE:
20/6/2023
DATE OF
SUBMISSION:
20/6/2023
SUBMITTED
BY:
SITI NOR HIDAYAH
BINTI JUNAIDI
(AA22016)
LECTURER’S
SIGNATURE:
pf3
pf4
pf5
pf8
pf9
pfa
pfd
pfe
pff
pf12
pf13
pf14
pf15
pf16
pf17
pf18
pf19
pf1a

Partial preview of the text

Download This report is about current issues and more Study Guides, Projects, Research Humanities in PDF only on Docsity!

CENTRE FOR HUMAN SCIENCES

Declaration:

  • I/we acknowledge that the plagiarism* is prohibited in academia,
  • I/we have taken proper care of safeguarding this work and made all reasonable effort to ensure it could not be copied,
  • I/we acknowledge that the assessor of this assignment may for the purposes of assessment, reproduce the assignment and: o Provide to another member of faculty; and/or o Communicate it to the university’s plagiarism checking service (which may then retain a copy of the assignment on its database for the purpose of future plagiarism checking),
  • I/we understand the consequences for engaging in plagiarism, such as deduction in mark, or total rejection.
  • I/we certify that I/we have not plagiarised the work of others or participated in unauthorised collusion** when preparing this assignment. This assignment is original and has not previously submitted as part of another subject,
  • The percentage of individual contribution below is true.

TYPE OF

ASSIGNMENT:

ESSAY

GROUP NAME/

NUMBER: GROUP 5

SECTION: 06G

LECTURER:

DR MOHD SUHARDI

BIN MAT JUSOH COURSE:

UHC

FALSAFAH DAN

ISU SEMASA

TITLE:

RASUAH & KORUPSI DALAM KALANGAN SEMUA LAPISAN

MASYARAKAT

DUE DATE:

DATE OF

SUBMISSION: 20/6/

SUBMITTED

BY:

SITI NOR HIDAYAH

BINTI JUNAIDI

(AA22016)

LECTURER’S

SIGNATURE:

FULL NAME

MATRIC

ID

CONTRIBUTION

SIGNATURE

1 MUHAMMAD SHARUL

NIZAM BIN OMAR

AA22006 100 Sharulnizam 2 MUHAMMAD AFIQ QUSYAIRI BIN JAAFAR AA22017 100 Afiqqusyairi 3 NUR SYAHIRA ATIQAH AINUDDIN TQ2202 9 100 syahira 4 NUR AINATASYA BT ROZAINI

PC22125 100

5 SITI NOR HIDAYAH

BINTI JUNAIDI

AA22016 100

6 SHESHUTARAN A/L

MOHANASUNDARAM

KA22005 100

7 MUHAMMAD SYAHMI

DANIAL BIN MOHD

SOFPI

TQ

8 HANIS KHALISA BINTI

ABDUL KHALIL

TC22041 100 hanis 9 SITI HAJAR BINTI JUHAIRI PC22123 95 hajar _Plagiarism_* : Plagiarism means to take and use another person’s ideas and or manner of expressing them and to pass these off as one’s own by failing to give appropriate acknowledgement. This includes material from any source, staff, students or the Internet – published and unpublished works. _Collusion_** : Collusion is the presentation of work which is the result in whole or in part of unauthorized collaboration with another person or persons. *** Contribution Indicate how many percent does the student contribute in completing this assessment.

1 .0 PENGENALAN

(Pembentang : Muhammad Syahmi Danial Bin Mohd Sofpi - TQ22109) Secara yang diketahui umum rasuah dan koprusi adalah satu penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu supaya dapat melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Pemberian suapan ini, boleh melalui dengan 8 keadah yang terdiri daripada kaedah yang melalui wang tunai, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, dan diskaun. Selain itu juga, menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat definasi bagi koprusi ialah amalan atau perbuatan yang salah atau tidak amanah seperti pecah amanah dan menerima rasuah. Manakala, definasi bagi rasuah menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat pula ialah pemberian untuk menyogok atau menyuap dengan wang dan sebagainya kepada seseorang individu. Di dalam Islam Allah s.w.t mengutuk orang yang menerima rasuah dan menjadi seseorang perantara rasuah antara kedua-duanya. Hal ini kerana, perbuatan tersebut merupakan amalan yang buruk dan akan memudaratkan orang di sekeliling. Oleh yang demikian, tindakan hukuman yang keras akan dikenakan sebagai langkah-langkah agar amalan ini dapat dihapuskan. Seterusnya, perlu diketahui amalan rasuah dapat merosakkan masa hadapan terhadap bangsa dan sesebuah negara. Amalan budaya rasuah sudah menjadi kebiasaan di dalam kalangan penjawat awam. Hal ini, dianggap seperti satu kebiasaan dan sudah menjadi barah yang akan merosakkan institusi sesebuah kerajaan secara perlahan-lahan jika tidak dicegah dengan sebaik mungkin. Melalui pembelajaran falsafah, dapat memahani nilai-nilai murni, hakikat manusia, kebenaran dan keadilan dalam kehidupan, tetapi amalan rasuah ini sangat bertentangan dengan pembelajaran falsafah tersebut. Hal ini kerana, amalan rasuah ini memberikan kelebihan kepada seseorang secara tidak adil dan pada masa yang sama merugikan pihak yang lain.

Selain itu juga, tindakan undang-undang yang berat akan digunakan untuk membanteras kegiatan rasuah ini. Antaranya, melalui Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah. Jika sabit kesalahan, persalah boleh dihukum sama berat dengan kesalahan Seksyen 17 (a) iaitu menerima rasuah dengan penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang lebih tinggi. Disamping itu, amalan rasuah ini umpama mencabul rukun-rukun negara Malaysia, Contohnya, jika sesuatu projek tidak diluluskan tender tetapi seseorang individu telah memberi rasuah agar projek tersebut diluluskan dan menjadi milik individu tersebut. Hal ini seperti mencabul kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara kerana meluluskan projek tersebut dengan cara memberi suapan. Selain itu juga, amalan rasuah ini jelas bertentangan dengan prisip Falsafah Pendidikan Negara (FPN), kerana FPN sangat menekankan tentang sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bersama didalam sesebuah negara, tetapi perbuatan rasuah ini umpama mengancam kemakmuran negara tersebut. Ini disebabkan, rakyat sering menyalahkan penjawat awam kerana sering menerima dan memberi rasuah antara satu sama lain tetapi tidak ada tindakan undang-undang yang diambil. Akhir sekali, rasuah dan korupsi ini adalah amalan yang melanggar prinsip- prinsip etika dan moral didalam pembelajaran falsafah. Hal ini kerana, amalan ini sangat bertentangan dengan pembangunan keadilan sosial dan keharmonian dalam masyarakat. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi masyarakat dan pihak-pihak yang bertanggujawab untuk memerangi gejala rasuah dan korupsi dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan melaporkan kepada pihak yang berwajib jika mendapat amalan rasuah ini berlaku di sekitarnya.

kemas seperti berlian, rumah mewah yang bernilai tinggi dan menjadi seorang yang kaya-raya. Dengan ini, jika gaji bulanan seseorang itu ialah RM1200 hingga RM 4000 sahaja, membeli barangan mewah yang berjuta ringgit akan menyebabkan dia muflis dan ini merupakan hidup dalam situasi yang melebihi kemampuan sendiri. Oleh itu, mencari wang tambahan dari pelbagai saluran akan menjadi sasaran seseorang yang ingin kaya-raya dengan jalan pintas. Dengan itu, rasuah merupakan cara yang amat mudah untuk mendapatkan “gaji” tambahan dan sektor awam merupakan salah satu sektor yang paling mudah diterima suapan. Justeru, bagi penjawat awam yang kecenderungan mempunyai gaya hidup di laur kemampuan, mereka tidak akan melepaskan peluang menggayakan walaupun cara menggayakan itu melanggar undang-undang. Selain itu, kewujudan ruang dan peluang juga merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam. Menurutkan Utusan Online pada 11 April 2016, pada tahun yang lalu seramai 398 penjawat awam ditangkap kerana rasuah. Dan jumlah itu meningkat 173 orang berbanding tahun

  1. Peningkatan hampir sekali ganda dan boleh dikatakan gejala ini semakin serius di negara kita. Hal ini demikian kerana, terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan mendedahkan banyak ruang dan peluang berlakunya perbuatan rasuah atau penyelewengan kuasa. Dengan ini, tanpa kawalan yang bijak dan kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu amat memudahkan individu mengambil peluang tersebut melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Dalam hal ini, pekerjaan seperti imigrasi, kastam, polis, JPJ, dan pegawai yang berkuasa untuk meluluskan dokumen-dokumen tertentu merupakan pihak yang amat mudah terlibat dalam kegiatan rasuah. Seterusnya, sikap tamak dan sikap haloba juga salah satu punca yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam. Sifat tamak dan haloba merupakan hati yang tidak puas akan harta dan kekayaan yang diperoleh. Oleh hal yang demikian, sifat tamak dan haloba bukan penjawat awam sahaja, malah juga di kalangan sektor yang lain. Bagi pihak yang tamak, mereka sanggup membuat kerja- kerja yang hina seperti rasuah. Mereka hanya mementingkan kekayaan dan kepentingan sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab diri. Berdasarkan Utusan Online pada 5 Oktorber 2016, dua pegawai kanan agensi kerajaan negeri Sabah

dibongkar oleh Suruhanjaya Pensegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam kes menyeleweng dan menyalah guna dana kerajaan Persekutuan untuk projek infrastruktur bekalan air di Sabah sejak enam tahun lalu. Dalam hal ini, dua pengawai yang mempunyai gaji yang baik dan hidup yang selesa tetapi masih tidak berpuas hati. Hal ini demikian kerana, sifat haloba dalam hati diri mereka menghasut mereka melakukan gejala rasuah ini yang boleh mendapatkan kekayaan dengan cepat. Justeru, sifat tamak ini sewajarnya dijauhi dari masyarakat supaya mewujudkan sebuah negara yang integrity tinggi. Akhirnya, punca seterus yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam ialah faktor pembangunan ekonomi dan modenisasi. Dalam hal ini, perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba untuk mendapatkan tender. Hal ini demikian kerana, mengambil kesempatan itu akan membolehkan mereka mengaut keuntungan yang banyak. Oleh itu, projek pembangunan yang menguntung akan menyebabkan mereka berlumba-lumba mendapatkan tender serta meningkatkan luang rasuah. Dalam hal ini, pihak kontraktor yang tamak akan berusaha untuk memenangi hati pegawai yang membuat keputusan atau pegawai yang berkuasa. Apabila dapat memenangi hati pegawai tertentu, mereka akan berpeluang mendapatkan kesempatan yang boleh memperkaya. Dengan erti kata lain, gejala rasuah semakin meningkat disebabkan oleh mereka ingin mendapatkan tender, melepaskan hukuman, dan mempercepatlan bayaran atau urusan pejabat. Tambahan pula, sesetengah pengawai juga akan mengambil kesempatan itu untuk memperkaya diri sendiri. Sebagai contohnya, menurut Astro Awani, dua orang pengawai kanan kerajaan negeri Sabah yang salah guna kuasa tersebut disyaki memonopoli projek-projek bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak mereka. Justeru, pembangunan yang cepat dan modenisasi ini memberikan tekanan kepada masyarakat untuk hidup berlumba-lumba dan ini turut meluaskan peluang masyarakat terlibat dalam gejala rasuah.

telah mengabaikan prinsip kepercayaan kepada tuhan yang menjadi asas dalam membina jati diri seseorang dan dalam mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Malah mereka juga telah mengabaikan prinsip pertama rukun negara dalam membina sebuah negara yang bersatu padu. Faktor kedua yang menjadi punca berlakunya rasuah dan korupsi adalah disebabkan kelemahan kepimpinan dalam sistem pengurusan pentadbiran dan sesebuah organisasi. Di dalam sektor pekerjaan, terdapat 3 golongan pekerja dalam sesebuah organisasi iaitu koruptor, oportunis dan berintegriti. Koruptor adalah golongan yang sering mengambil kesempatan atas kelemahan kepimpinan, undang- undang dan peraturan dengan memenuhi keinginan sendiri seperti tujuan mereka mengambil rasuah adalah untuk mengaut keuntungan secara mudah dari segi kenaikan pangkat, kewangan dan harta benda. Golongan pekerja seperti ini dapat merencatkan sistem organisasi dalam sesebuah jabatan. Golongan seperti ini secara sedar atau tidak sedar, telah mengabaikan prinsip rukun negara seperti kedaulatan undang-undang. Hal ini lantaran mereka tidak gentar dan takut dengan konsekuensi yang bakal mereka terima disebabkan oleh mereka melanggar undang-undang di bawah akta salah laku jenayah rasuah dan tatatertib.Oportunis merupakan golongan pekerja yang tidak berani mengambil tindakan tetapi sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan. Manakala, golongan pekerja yang berintegriti adalah adalah golongan yang mempunyai prinsip hidup dan berpegang teguh kepada undang-undang dan peraturan dalam membuat sesuatu tindakan. Secara ringkasnya, hanya golongan oportunis dan berintegriti mempunyai prinsip kedaulatan undang- undang malah golongan ini juga memiliki ciri-ciri warganegara yang baik iaitu menghormati dan mematuhi undang- undang serta peraturan, mengamalkan tingkah laku yang baik dengan tidak melakukan rasuah dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain. Selain itu, terdapat juga sesetengah individu yang mempengaruhi penjawat awam atau swasta untuk mengambil rasuah. Sebagai contoh, sesuatu jabatan mengambil masa yang lama untuk memproses maklumat dan permohonan seperti tapisan untuk mendapatkan kerja. Bagi individu yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, mereka ini kemungkinan akan memberikan rasuah untuk mempercepat proses tersebut dan akan cuba mendapatkan pekerjaan tersebut dengan menggunakan orang dalam.

(pembentang: Nur Syahira Atiqah Ainuddin-TQ22029) Faktor ketiga berlakunya rasuah dan korupsi adalah disebabkan masalah pendapatan dalam sesebuah keluarga. Hal ini boleh berlaku sekiranya gaji yang diperoleh terlalu kecil untuk menampung sesebuah keluarga ditambah lagi dengan wujudnya kos sara hidup yang tinggi terutama sekali golongan yang menetap di bandar. Jadi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, mereka ini mengambil jalan pintas dengan menerima rasuah seperti mencuri projek dari syarikat sendiri untuk diberikan kepada syarikat lain demi mendapatkan wang secara haram. Berdasarkan akhbar dan berita, walaupun kerajaan telah memperuntukkan banyak wang untuk menampung golongan susah seperti kerajaan telah banyak memberikan bantuan dari segi ekonomi untuk membantu keluarga yang kekurangan wang seperti keluarga dari B40, tetapi mereka masih melakukan rasuah kerana penilaian individu dan darjah kepuasan serta keseronokan terhadap setiap individu berbeza. Contohnya, matlamat utama mereka mengambil rasuah adalah untuk memenuhi keperluan hidup tetapi lama-kelamaan mereka ini telah terjerumus untuk meneruskan perbuatan rasuah yang sudah menjadi sebati dalam hidup mereka. Secara tidak langsung, mereka telah mengabaikan ciri-ciri untuk menjadi warganegara yang baik iaitu berakhlak mulia dan memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu. Faktor terakhir adalah kurangnya kesedaran dan pendidikan mengenai korupsi dapat mendorong kegiatan korupsi dan rasuah semakin berleluasa karena beberapa alasan berikut:

  • Tidak menyedari konsekuensi buruk yang bakal menimpa. Ketika individu tidak sepenuhnya memahami konsekuensi buruk dari tindakan korupsi dan rasuah, mereka cenderung melihatnya sebagai cara cepat untuk memperoleh keuntungan pribadi. Tanpa pemahaman yang memadai tentang kerugian yang timbul akibat korupsi, individu mungkin merasa bahwa risiko terlibat dalam tindakan tersebut lebih rendah dibandingkan manfaat yang mereka peroleh.
  • Kurangnya penghargaan terhadap integriti dan etika. Ketika pendidikan mengenai integriti dan etika tidak ditekankan secara memadai, individu mungkin kurang memahami pentingnya nilai-nilai tersebut. Kurangnya kesedaran akan pentingnya bertindak secara jujur, adil, dan bertanggungjawab dapat mempengaruhi individu untuk terlibat dalam tindakan korupsi.

4.0 KESAN RASUAH

Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat (pembentang : Muhammad Afiq Qusyairi bin Jaafar- AA22017) Rasuah merujuk kepada tindakan memberi atau menerima suapan atau hadiah dengan niat untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan seseorang yang berkuasa secara tidak sah. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun. Fenomena ini telah memberi impak negatif yang meluas dan berpanjangan, mempengaruhi aspek sosial, ekonomi, dan politik. Rasuah dan korupsi telah menjadi ancaman yang menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap keadilan dan integriti sistem perundangan. Salah satu kesan yang paling ketara adalah pembaziran sumber negara. Dana yang sepatutnya disalurkan untuk pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan, dan kebajikan masyarakat seringkali disalahgunakan atau digunakan untuk memenuhi kepentingan individu atau kumpulan yang terlibat dalam rasuah. Akibatnya, projek-projek penting ditangguhkan, taraf perkhidmatan awam semakin merosot, dan rakyat biasa tidak mendapat kemajuan seperti yang sepatutnya. Selain itu, rasuah dan korupsi juga menjadi penghalang pembangunan sosial dan ekonomi. Dana yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan pendidikan, kesihatan, infrastruktur, dan program-program kesejahteraan sosial seringkali disalahgunakan atau tidak digunakan secara efektif. Akibatnya, pembangunan masyarakat terhambat, dan seterusnya meningkatkan lagi jurang sosial diantara masyarakat. Masyarakat yang terpinggir terus menderita tanpa akses kepada perkhidmatan asas dan peluang yang sama. Rasuah dan korupsi juga menghalang pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pelabur tempatan dan asing menjadi berhati- hati untuk melabur dalam negara yang dianggap korup. Mereka tidak mahu terlibat dalam lingkungan perniagaan yang dipenuhi dengan permintaan rasuah. Akibatnya, pelaburan asing terhad dan peluang pekerjaan terhad juga. Ini menghambat pertumbuhan ekonomi negara dan menjejaskan taraf hidup rakyat.

Rasuah dan korupsi merosakkan nilai dan etika masyarakat. Amalan rasuah melibatkan penyalahgunaan kuasa dan pengkhianatan terhadap amanah yang dipercayakan. Ini menghancurkan integriti dan moralitas individu, serta merosakkan norma-norma masyarakat yang adil dan berintegriti. Kesan Rasuah Terhadap Negara (pembentang : Muhammad Sharul Nizam bin Omar- AA22006) Rasuah dan korupsi di negara kita telah memberikan kesan yang serius terhadap ketidakstabilan politik negara. Fenomena ini telah merosakkan integriti sistem politik dan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap pemimpin dan institusi politik. Rasuah dan korupsi ini menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila peraturan dan undang-undang diabaikan. Jika rasuah dan korupsi melibatkan pemilihan umum atau pengiraan undi, proses demokratik yang seharusnya adil dan bebas boleh terjejas. Rasuah dalam bentuk penyuapan pemilih atau manipulasi undi dapat menggugat integriti pilihan raya dan menghalang rakyat daripada menyuarakan pilihan mereka secara bebas. Kesan rasuah dan korupsi juga merosakkan keadilan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem politik dan kehakiman negara. Pemberian rasuah kepada pegawai kerajaan atau pemimpin politik seringkali menghasilkan perlindungan yang tidak adil atau keistimewaan yang tidak seharusnya. Masyarakat yang miskin dan tidak berkemampuan terpinggir dan tidak mendapat perlakuan yang sama. Kesaksamaan dan keadilan dalam sistem politik tercemar, dan suara rakyat tidak didengar sepenuhnya. Selain itu, rasuah dan korupsi juga merosakkan imej negara dan menimbulkan keraguan terhadap hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain. Negara-negara lain mungkin akan melihat negara kita sebagai tempat yang tidak boleh dipercayai dalam urusan perdagangan dan kerjasama. Ini boleh menyebabkan sekatan perdagangan atau pengurangan investasi asing dan akhirnya boleh menjejaskan perkembangan ekonomi negara.

5.0 KAEDAH MENGATASI KES RASUAH

Peranan Individu (Pembentang : Nur Ainatasya Binti Rozaini (PC22125)) Untuk mengatasi rasuah dan korupsi individu, konsep keagamaan dan moral perlu digunakan. Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan adalah bidang yang boleh digunakan untuk menyampaikan pendedahan ini. Perkara ini ditunjukkan untuk membolehkan seseorang berfikir tentang perkara yang baik atau buruk sebelum melakukan sesuatu. Pendidikan praktikal dan pengetahuan tentang kebenaran boleh membentuk etika seseorang. Ini boleh menghasilkan individu yang boleh mengajar generasi akan datang untuk menjadi jujur dan amanah. Oleh itu, bukan sahaja perkara ini boleh mengajar seseorang untuk merasa benci, tetapi ia juga boleh membantu mereka mengelakkan gejala yang tidak sihat ini. (Pembentang : Sheshutaran A/L Mohanasundaram KA22005) Langkah seterusnya untuk membendung gejala rasuah ialah setiap individu perlulah menghayati dan mengamalkan Rukun Negara keempat iaitu ‘Kedaulatan Undang-undang’ dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, jika rakyat menghayati Rukun Negara dengan baik, sudah tentu tiada siapa akan melanggar undang-undang. Misalnya, apabila menghayati dan memahami Rukun Negara, sesorang individu dapat membezakan perkara baik dan buruk. Malahan, kepentingan prinsip Rukun Negara keempat ini dapat melahirkan seseorang individu yang mampu berfikir dengan logik, pencapaian rohaniah yang tinggi, berakhlak, bermoral dan beretika yang akan menolak sebarang aktiviti tidak bermoral seperti rasuah. Dengan itu, kes- kes berkaitan integriti sebegini tidak akan berleluasa dalam kalangan rakyat.

Peranan Masyarakat ( Pembentang : Nur Ainatasya Binti Rozaini (PC22125)) Seterusnya, langkah mengatasi bagi masyarakat pula, memberi pendedahan awal. Pihak bertanggungjawab perlulah mengadakan kempen yang dapat menberi kesedaran kepada orang ramai. Sebagai contoh, institusi pengajian tinggi dan perniagaan Malaysia sepatutnya menjalankan kempen kesedaran pencegahan rasuah. Ini disebabkan oleh kecenderungan mereka untuk melakukan perbuatan rasuah. Di universiti, kempen anti-rasuah adalah penting kerana rasuah adalah masalah yang kerap berlaku. Kempen anti-rasuah boleh meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan tentang bahaya rasuah dan memberikan pendidikan yang lebih baik tentang etika dan integriti. Oleh itu, kempen seperti ini mungkin membantu mengurangkan rasuah dalam masyarakat. Tambahan pula, melaporkan kepada pihak berkuasa. Masyarakat harus bekerjasama untuk memerangi rasuah dan melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mereka menemui rasuah. Jika tiada yang bertindak, gejala rasuah dan korupsi ini akan berterusan. Ini disebabkan oleh fakta bahawa mereka tidak takut kerana mereka tahu bahawa tiada siapa yang akan melaporkan perbuatan mereka yang tidak bermoral. Sebagai rakyat, kita mesti melaporkan rasuah kerana ia menunjukkan keadilan dan kejujuran dalam masyarakat. Untuk memerangi rasuah pada setiap peringkat masyarakat, kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa. Oleh itu, sebagai masyarakat, kita mesti melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasuah. Sebagai kesimpulan, mengatasi rasuah memerlukan usaha bersama masyarakat dan pihak berkuasa. Dengan pelaksanaan kaedah-kaedah di atas dan kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat, kita dapat bergerak ke arah masyarakat yang lebih bersih dan terbebas daripada rasuah.

negara. Sebagai contoh, hukuman ringan yang dijatuhkan kepada pelaku rasuah oleh mahkamah tidak setimpal dengan jumlah rasuah yang diterima atau diberi oleh mereka. Hal ini menyebabkan, mereka tidak serik untuk melakukan gejala rasuah dan akan terus mengulangi kesalahan tersebut walaupun pernah dihukum dan didenda berkali-kali. Oleh itu, hukuman yang berat harus dijatuhkan kepada penjenayah agar mereka kesal dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Contohnya, pelaku rasuah harus dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan ke atas. Kesannya, seseorang akan beringat akan hukuman yang bakal diterima sekiranya menerima dan memberi rasuah. Dengan cara ini, rakyat serta pemimpin negara berasa gerun untuk melakukan kesalahan rasuah. Akhir sekali, pihak kerajaan wajar memperkenalkan satu undang-undang berkaitan salah laku pegawai awam. Undang-undang baru ini juga harus dibuat seiring dengan penguatkuasaan undang-undang. Hal ini kerana, kekurangan pemantauan dan ketiadaan undang-undang yang tegas yang bak melepaskan batuk di tangga menyebabkan ramai penjawat awam mengambil rasuah. Peraturan ketika ini mensabitkan kesalahan sebagai sekadar masalah 'tatatertib' sahaja. Hukuman tatatertib paling tinggi sekadar dibuang kerja daripada jawatan penjawat awam. Jika undang-undang baru dikuatkuasakan, sebarang kecuaian yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan akan jatuh dalam kategori jenayah, maka hukumannya ialah denda dan penjara. Hukuman tegas perlu dijatuhkan pada pegawai awam yang mengambil rasuah sebagai amaran kepada pegawai awam lain agar tidak melakukan jenayah tersebut bak kata pepatah, harimau ditakuti disebabkan giginya. Kesungguhan kerajaaan dalam membawa pesalah rasuah ke muka pengadilan juga memberikan satu peringatan yang kekal terpahat pada sanubari mereka selagi hayat dikadung badan. Dengan itu, penjawat awam akan lebih berintegriti semasa bekarja.

6.0 KESIMPULAN

(Pembentang: Hanis Khalisa Binti Abdul Khalil TC22041) Meskipun kemajuan negara Malaysia dalam pembangunan ekonomi namun rasuah tetap berleluasa tanpa mengira jawatan dan usia. Gejala rasuah dan korupsi yang berleluasa akan menjejaskan ekonomi dan merencatkan kemajuan negara sekaligus mampu mencemarkan nama baik negara. Manusia yang tamak haloba kerana terlalu mengejar harta dunia yang sementara. Sifat lalai yang menganggap kancah rasuah ini adalah perkara kecil dan normal diamalkan mampu mendatangkan kesan buruk kepada pihak lain serta individu yang lebih layak mendapat kemudahan akan diketepikan demi memenuhi permintaan pemberi rasuah. Rasuah dan korupsi adalah jenayah kerana telah berlaku ketidakadilan dalam kalangan masyarakat. Ini mampu menyebabkan berlakunya penipuan malah menimbulkan rasa marah kerana hak orang awam akan dicabuli. Jenayah ini berupaya untuk menaikkan kemarahan rakyat dan memulakan rusuhan menyebabkan kedudukan negara dipertaruhkan. Tiada agama di dunia ini yang mengajarkan penganutnya kearah keburukan dan ketidakadilan sebaliknya kita perlu melakukan kebaikan dan bersifat adil dalam apa jua cara. Agama Islam juga mengajar umatnya agar menjauhi dan membenci rasuah dan korupsi. “Rasulullah SAW telah melaknat (mengutuk) pemberi rasuah dan penerima rasuah.” Riwayat Abu Dawud 3580, al-Tirmizi 1337 dan lain-lain. Perkara ini membuktikan bahawa agama Islam melarang sekeras-kerasnya amalan rasuah dalam kalangan umat Islam dan melakukan kebaikan agar dapat membimbing kita ke arah jalan yang diredhai Allah SWT sekaligus membentuk diri menjadi manusia yang berpekerti mulia. Rakyat Malaysia perlu memandang serius jenayah rasuah dan tidak memandang enteng perbuatan ini terutama jenayah kolar putih iaitu mereka yang mempunyai berstatus tinggi atau orang kenamaan namun masih melakukan rasuah dan korupsi. Menerapkan amalan nilai murni dalam diri berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara. Setiap Rakyat Malaysia bertanggungjawab dalam membanteras isu rasuah yang kian berleluasa. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan peranan yang sangat penting dengan menghebahkan notis dan makluman tentang jenayah tersebut secara berkala agar