

Study with the several resources on Docsity
Earn points by helping other students or get them with a premium plan
Prepare for your exams
Study with the several resources on Docsity
Earn points to download
Earn points by helping other students or get them with a premium plan
example of writing pengenalan for assignments
Typology: Transcriptions
1 / 2
This page cannot be seen from the preview
Don't miss anything!


1.0 Pengenalan Pengeluaran merupakan suatu aspek penting dalam fungsi perniagaan yang menjamin pencapaian matlamat perniagaan.Menurut Shanthi Subramaniam & Mah Boon Kiet (2013), pengeluaran bermaksud penghasilan barang dan perkhidmatan melalui proses transformasi input kepada output yang lebih bernilai..Bagi memastikan sesuatu sistem berfungsi dengan baik,maklum balas daripada pengguna adalah penting.Proses pengeluaran yang dirancang dengan sempurna akan menghasilkan produk yang berkualiti.Proses pengeluaran bermula daripada input,diikuti oleh proses transformasi dan diakhiri dengan output. Perancangan pengeluaran merupakan satu aspek penting dalam sesuatu keputusan berkaitan dengan pengeluaran.Antara faktor yang terdapat dalam perancangan pengeluaran ialah reka bentuk pengeluaran, jenis-jenis pengeluaran,susun atur proses pengeluaran dan lokasi kilang. Reka bentuk pengeluaran berkaitan dengan bagaimana sesuatu produk dihasilkan.Terdapat tiga jenis reka bentuk pengeluaran,iaitu simplifikasi,standardisasi dan modular. Darjah pempiawaian bagi produk atau perkhidmatan mempengaruhi jenis pengeluaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi.Secara umum terdapat tiga jenis pengeluaran,iaitu pengeluaran mengikut tempahan,pengeluaran secara massa dan pengeluaran secara berkelompok. Menurut Wan Mansor Wan Mahmod (2000),terdapat tiga faktor yang mempengaruhi susun atur,iaitu faktor jenis barangan,jenis proses dalam menghasilkan barang dan jumlah barang yang dikeluarkan.Susun atur proses pengeluaran terbahagi kepada empat,iaitu susun atur secara tetap,susun atur secara proses,susun atur secara produk dan susun atur secara selular.
Perancangan lokasi kilang merujuk kepada keputusan pemilihan tapak lokasi yang sesuai dan tepat bagi menjalankan aktiviti pengeluaran. Persekitaran perniagaan merupakan satu set elemen yang mampu mempengaruhi sistem perniagaan.Persekitaran perniagaan terbahagi kepada dua,iaitu persekitaran umum dan persekitaran tugas. Campuran pemasaran merupakan kombinasi pemboleh ubah pemasaran yang meliputi produk,harga,pengedaran dan promosi yang boleh dikawal oleh pemasar untuk digunakan sebagai alat dalam perancangan taktikal pemasaran.Elemen-elemen campuran pemasaran terbahagi kepada empat,iaitu produk,harga,pengedaran dan promosi. Syarikat yang telah dipilih oleh pengkaji adalah Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad.Syarikat Dutch Lady Milk Industries ialah pengeluar susu lembu dan produk tenusu di Malaysia yang ditubuhkan pada 1963.Syarikat ini dipilih kerana ia mempunyai rangkaian produk yang sangat luas, hampir semua rakyat Malaysia pernah atau kerap menggunakan produknya.Kajian ini dijalankan bagi menganalisis proses pengeluaran,perancangan pengeluaran,persekitaran perniagaan dan campuran pemasaran bagi susu Dutch Lady Purefarm UHT yang dikeluarkan oleh Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad.