ASSIGNMENT GBM PPISMP 2, Assignments of Educational Psychology

MERUPAKAN PENULISAN AKADEMIK BERKAITAN DENGAN TUGASAN GENERIK BAHASA MELAYU

Typology: Assignments

2019/2020

Uploaded on 11/07/2020

NUR-JUWAINA
NUR-JUWAINA 🇲🇾

2 documents

1 / 7

Toggle sidebar

This page cannot be seen from the preview

Don't miss anything!

bg1
NAMA PELAJAR: NUR JUWAINA BINTI MAHADHIR
NOMBOR ANGKA GILIRAN: 20017122310070
NOMBOR KAD PENGENALAN: 990216-03-5428
KUMPULAN/UNIT: SAINS 1
KOD DAN NAMA KURSUS: GBM1103 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
NAMA PENSYARAH AKADEMIK: DR. MOHD ZAIN BIN KOSNON
TARIKH HANTAR: 06 MAC 2018
1.0 KONSEP KOMUNIKASI
pf3
pf4
pf5

Partial preview of the text

Download ASSIGNMENT GBM PPISMP 2 and more Assignments Educational Psychology in PDF only on Docsity!

NAMA PELAJAR: NUR JUWAINA BINTI MAHADHIR

NOMBOR ANGKA GILIRAN: 20017122310070

NOMBOR KAD PENGENALAN: 990216-03-

KUMPULAN/UNIT: SAINS 1

KOD DAN NAMA KURSUS: GBM1103 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

NAMA PENSYARAH AKADEMIK: DR. MOHD ZAIN BIN KOSNON

TARIKH HANTAR: 06 MAC 2018

1.0 KONSEP KOMUNIKASI

Manusia berinteraksi antara satu sama lain melalui komunikasi iaitu satu proses dua hala melalui penghantaran mesej yang betul, diterima dan difahami oleh orang lain. Komunikasi boleh didefinisikan sebagai satu perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan seperti surat, radio, telefon dan lain-lain (Kamus Dewan, 2007). Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2003) berdasarkan kajian daripada pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi mendapati bahawa kemahiran berkomunikasi memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan manusia. Komunikasi juga merupakan aktiviti utama dalam sesebuah organisasi khususnya dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. 1.1 Pandangan tokoh Barat dan Timur 1.1.1 Tokoh Barat Pada era globalisasi kini, definisi bagi setiap komunikasi adalah berbeza mengikut pandangan tokoh-tokoh tertentu yang telah diterjemahkan dan diinterpresikan dalam pelbagai bentuk pengertian. Terdapat beberapa pandangan daripada tokoh Barat dan Timur yang mendefinisikan konsep komunikasi. Bagi tokoh Barat, Guffey dan Almonte (2010) menyatakan bahawa komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak yakni penghantar kepada pihak yang lain iaitu penerima. Ini menunjukkan bahawa sesuatu komunikasi itu mestilah melibatkan antara dua individu atau lebih. Tokoh Barat seterusnya pula iaitu French. F (1993) berpendapat bahawa komunikasi berkesan terjadi apabila minda individu itu saling memahami. Dalam erti kata lain, mesej yang disampaikan itu mestilah dapat difahami sebagaimana yang dikehendaki oleh individu berkenaan. 1.1.2 Tokoh Timur Pada pandangan tokoh Timur, Mohd Yusof Hussain et al. (1990) mendefinisikan komunikasi sebagai proses menyampai atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis. Selain itu, menurut Mahyuddin Abd. Halim (1985) pula menegaskan bahawa komunikasi pada sudut Islam ialah proses membekalkan khalayak dengan hakikat kebenaran agama Islam yang berterusan bersandarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah secara langsung atau tidak, melalui perantaraan media umum atau khusus. Ia bertujuan untuk membentuk pandangan umum yang betul berasaskan hakikat kebenaran agama yang dapat memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam aspek akidah, ibadah dan muamalat.

budaya kehidupan masyarakat Jepun di kaca televisyen melalui komunikasi pancaindera. 2.3 Meluahkan perasaan Komunikasi juga dapat membantu manusia untuk meluahkan perasaan bagi menangani tekanan akibat masalah yang timbul dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui komunikasi, manusia dapat meluahkan rasa marah, sayang dan benci serta berkongsi perasaan tersebut dengan individu yang dipilih untuk berkongsi perasaan tersebut. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2005) menyatakan bahawa komunikasi yang baik antara pasangan suami isteri seperti bertanya khabar dan saling mendengarkan luahan perasaan antara pasangan dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri. Oleh itu, jelaslah bahawa komunikasi dapat mengeratkan hubungan sesama insan ( Normah Che Din, 2012). 3.0 Ciri-ciri komunikasi yang berkesan 3.1.Menjaga air muka Wujudnya perasaan puas hati, rasa dihargai dan berkeinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua pihak yang terlibat dalam suatu komunikasi adalah hasil daripada suatu komunikasi yang berkesan dan efektif. Ciri-ciri komunikasi yang berkesan adalah dengan menjaga air muka. Air muka ialah simpulan bahasa yang bermaksud rupa atau wajah yang menggambarkan wajah seseorang, maruah seseorang dan merupakan lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka. Sebagai contoh, seorang penutur yang memberikan senyuman kepada pendengar akan menunjukkan sebagai suatu penghormatan dan juga menunjukkan sikap yang baik. Dengan raut air muka juga, kita dapat mengetahui dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang tersebut (Amir Aris dan Ahmad Rozelan Yunus, 2016). 3.2 Laras bahasa yang sesuai Di samping itu, ciri-ciri komunikasi berkesan ialah penggunaan laras bahasa yang sesuai oleh seseorang penyampai dengan penerima maklumat. Penyampai mestilah mengetahui latar belakang kehidupan penerima maklumat sebelum memulakan komunikasi seperti tahap pendidikan, status sosial, umur dan sebagainya. Penggunaan laras bahasa yang sesuai mengikut tahap pendidikan, umur dan status sosial penerima maklumat dapat memudahkan penerima maklumat untuk memahami apa yang

dituturkan oleh penyampai. Misalnya, seorang guru menggunakan laras bahasa pendidikan yang sesuai dengan pelajar semasa menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar di sekolah. 4.0 Implikasi komunikasi yang tidak berkesan Terdapat pendapat mengatakan bahawa komunikasi tercapai apabila perkara yang hendak disampaikan dengan berkesan dan dapat difahami oleh penerima maklumat. Namun begitu, komunikasi yang tidak berkesan akan memberikan implikasi kepada penutur dan penerima maklumat. 4.1 Wujud ketidaksefahaman antara individu dengan individu yang lain Apabila sesuatu komunikasi tidak dijalankan dengan sempurna, maka persefahaman tidak akan terbit daripada kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan penerima maklumat. Hal ini kerana, perbezaan pendapat dan pandangan antara penutur dan pendengar akan menyebabkan berlakunya masalah tersebut. 4.2 Penutur tidak dapat menguasai penerima maklumat Selain itu, komunikasi yang tidak berkesan juga akan menyebabkan penutur tidak dapat menguasai penerima maklumat. Sebagai contoh, sikap ibu bapa yang menasihati anaknya yang nakal dan degil secara kasar dan tidak berhemah akan menyebabkan tidak berlakunya sebarang perubahan akhlak dan tingkah laku anak tersebut ke arah yang lebih baik. Ini jelas menunjukkan bahawa teknik atau cara komunikasi yang tidak berkesan akan menyebabkan penutur sukar untuk mempengaruhi tingkah laku penerima maklmuat. 5.0 Cara-cara untuk memastikan komunikasi berkesan berlaku 5.1 Memastikan matlamat komunikasi adalah jelas Terdapat banyak cara yang dapat diambil untuk membentuk komunikasi yang berkesan. Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk menjadikan sesuatu komunikasi itu efektif dan lebih berkesan ialah penyampai mestilah memastikan bahawa matlamat yang ingin dicapai daripada komunikasi dengan penutur adalah jelas. 5.2 Penerima maklumat bersedia dari segi fizikal dan psikologi

Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2003). Komunikasi untuk pemimpin. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Panduan Komunikasi Perkahwinan. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Amir Aris & Ahmad Roselan Yunus. (2016). Komunikasi Berkesan. Dimuat turun Mac 14, 2018 dari https://www.researchgate.net/publication/308414649_KOMUNIKASI_BERKESAN Kamus Dewan (2007). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Normah Che Din. (2012). Kemahiran Berkomunikasi. Dimuat turun dari Mac 13, 2018 dari http://www.myhealth.gov.my/kemahiran-komunikasi/ Shamsuddin Ahmad. (2007). 14 Kamus Peribahasa Melayu-Inggeris (Ed. Ke-2). PTS Professional. Shah Alam, Selangor. Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.