



Study with the several resources on Docsity
Earn points by helping other students or get them with a premium plan
Prepare for your exams
Study with the several resources on Docsity
Earn points to download
Earn points by helping other students or get them with a premium plan
This journal article discusses the dialects of Malay in Lembah Baram, Sarawak, identifying three variants: Dialect Melayu Sarawak, Dialect Melayu Brunei, and Bahasa Melayu Baram. The article compares their linguistic features and provides data collected from Kampung Masjid and Kampung Pulau Melayu in Lembah Baram. The study reveals that Dialect Melayu Sarawak is widely used as a lingua franca in Sarawak, while Dialect Melayu Brunei is a subdialect with a three-vocal system.
Typology: Assignments
1 / 6
This page cannot be seen from the preview
Don't miss anything!




Jurnal ini membincangkan mengenai dialek-dialek Melayu di Sungai Baram, bahagian Utara Sarawak. Jurnal ini menekankan dan telah menemukan tiga varian Melayu di kawasan ini, iaitu Dialek Melayu Sarawak, Dialek Melayu Brunei dan, Bahasa Melayu Baram. Dari segi ciri linguistik, Dialek Melayu Sarawak di Lembah Baram dikenalpasti secara umumnya memounyai persamaan seperti golongan Dialek Melayu Sarawak lain, tetapi masih mempunyai perbezaan yang kecil antara dialek- dialek tersebut. Dialek Melayu Brunei pula adalah kategori Subdialek Melayu Brunei yang memperlihatkan sistem tiga vokal. Bahasa Melayu Baram pula telah mengambil pandangan dari kajian Needham (1958) yang bahasanya ini bersifat bahasa Pasar dan digunakan oleh beberapa suku di Lembah Baram.Makalah ini juga mengupas data lapangan yang dikumpul dari Kampung Masjid dan Kampung Pulau Melayu di Lembah Baram, Sarawak. Secara terperinci, jurnal ini memenui varian Melayu di Kampung Masjid dikategorikan sebagai Dialek Melayu Sarawak dan varian di Kampung Pulau Melayu adalah Dialek Melayu Brunei dan, varian Melayu dalam tulisan Needham (1958) adalah Bahasa Melayu Baram. Dalam jurnal ini menerangkan bahawa Dialek Melayu Sarawak secara umumnya adalah merupakan antara lingua franca atau bahasa perantara nutama di Sarawak selain dari bahasa Iban. Berdasarkan sumber perpustakaan, dialek Melayu yang diketegorikan sebagai Dialek Melayu Sarawak terdiri daripada Dialek Melayu Kuching, Dialek Melayu Saribas dan, Dialek Melayu Rejang. Dari segi hubungan linguistik, Dialek Melayu Kuching dan Dialek Melayu Rejang yang memperlihatkan hubungan dan persamaan yang sangat dekat dan ini berbeza dengan Dialek Melayu Saribas. Dalam makalah ini juga membezakan ciri Dialek Melayu Saribas yang memisahkannya daripada Dialek Melayu Kuching. Antara ciri linguistik yang mengambarkan Dialek Melayu Saribas sebagai dialek tersendiri ialah kelainan dalam bunyi /-a/, /-ɣ / dan /-l/, seperti sebutan fonetik bagi mata ( Dialek Melayu Kuching) dan matϽ: (Dialek Melayu Saribas). Walaupun wujud dalam pelbagai varian dan perbezaan antasa ketiga-tiga Dialek Melayu Sarawak tersebut, kesemua dialek ini
memiliki beberapa ciri linguistik umum, seperti yang dirumuskan dalam artikel jurnal ini adalah seperti simbol fonetik 1. /k/ dan /Ɂ / berstatus fonem tersendiri (bandingkan kata [kəɣaɁ ] ‘kera’dan [kəɁ ak] ‘kerak nasi’), penambahan bunyi hentian glotis / Ɂ/ pada posisi akhir kata-kata tertentu, fonem /h/ tidak wujud pada awal kata, kecuali dalam beberapa kata pinjaman. (Contohnya “hujan” kepada [ujan]) dan /-ɳ / muncul sebagai [-n] jika diikuti dengan vokal tinggi [i]. Melalui kajian ini, Dialek Melayu Sarawak juga dituturkan jauh di bahagian Utara Sarawak, iaitu lembah Baram.Ini menimbulkan satu persoalan mengenai bentuk varian dialek yang ada di sana sama atau berbeza dari segi fonetiknya.Antara faktor yang memnyebebkan pengkaji ingin menjalankan kajian mengenai Dialek Melayu Sarawak di Lembah Baram kerana bahagian utara dan selatan Sarawak dibatasi oleh gunung, sungai dan paya. Selain itu, faktor seperti kepelbagaian kaum yang wujud di Lembah Baram seperti Melayu suku kaum Kayan, Kenyah, Badang dan Sebup. Kesemua faktor ini memungkinkan pembentukan kepelbagaian dialek. Hasil kajian menunjukkan bahawa Dialek Melayu Sarawak Lembah Baram yang dikumpulkan di kampung Masjid mempunyai jalinan linguistik yang erat dengan Dialek Melayu Kuching daripada dengan Dialek Melayu Saribas. Bukti pertama ialah dari segi sistem vokal dan konsonan iaitu sistem vokal dan konsonan Dialek Melayu Sarawak Lembah Baram sama seperti Dialek Melayu Kuching.Namun demikian,Dialek Melayu Saribas mempunyai kedudukan dialek tersendiri dalam kelompok Dialek Melayu Sarawak(Dialek Melayu Sarawak Lembah Baram dan Dialek Melayu Kuching) kerana memiliki beberapa kelainan fonologi seperti pada suku kata akhir terbuka, /Ͻ/ adalah alofon kepada /a/ dalam Dialek Melayu Saribas tetapi kekal sebagai /a/ dalam Dialek Melayu Kuching dan Dialek Melayu Lembah Baram dan selepas vokal tinggi di akhir kata, alofon / ɣ/ ialah [ε] dan [a] dalam Dialek Melayu Saribas tetapi tidak pada Dialek Melayu Kuching dan Dialek Melayu Lembah Baram .Ini menunjukkan bukti kedua yang menunjukkan hubungan dekat di antara Dialek Melayu Lembah Baram dengan Dialek Melayu Kuching daripada dengan Dialek Melayu Saribas.
Ahkir sekali, jurnal ini membincangkan juga berkenaan faktor kepelbagaian dialek-dialek di Lembah Baram. Antara faktor utamanya ialah faktor ekonomi yang telah menggalakkan migrasi penutur Dialek Melayu Sarawak dari luar lembah Baram (misalnya dari daerah Kuching) ke daerah ini untuk mencari sumber pendapatan yang difahamkan di Lembah Baram terkenal dengan industri petroleum. Ini menyebabkan Dialek Melayu Sarawak berstatus sebagai lingua franca utama di Sarawak. Maka dialek ini juga dikuasai oleh bukan penutur asli Dialek Melayu Sarawak seperti suku- suku bukan Melayu yang lain sebagai bahasa yang kedua. Selain itu, faktor yang menjadikan dialek-dialek di Lembah Baram itu pelbagai kerana daerah Lembah Baram bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam.Ini menunjukkan bahawa persebaran sesuatu dialek tidak dibatasi oleh sempadan politik sesebuah negara. Justeru, Dialek Melayu Brunei yang menjadi lingua franca di Brunei juga dituturkan di sekitar Lembah Baram. Tikdak ketinggalan juga faktor bahasa Melayu itu sendiri menjadi alat untuk berhubung antara orang yang berlainan suku kaum. Ini dapat dilihat di sepanjang Sungai Baram, sungai tersebut dihuni oleh suku pribumi bukan Melayu (misalnya suku Kayan, Kenyah, Batang, Sebup, Miriek, Narom dan sebagainya). Kebanyakkan daripada mereka tinggal di daerah pedalaman yang tidak mempunyai pendidikan yang baik mengenai penguasaan bahasa suku kaum lain dan mereka saling tidak memahami bahasa yang berlainan suku kaum dengan mereka. Dengan status bahasa Melayu yang sebagai lingua franca di Malaysia, bahasa ini dipilih sebagai bahasa pengantar komunikasi. Mungkin kerana penguasaan mereka berbahasa Melayu masih lemah, sejenis varian Bahasa Melayu dibina iaitu Bahasa Melayu Baram.
Sebelum kajian ini dirumuskan, terdapat cadangan dan idea yang boleh diterokai dalam bidang linguistik dialektologi ini. Antaranya bidang ini sewajarnya mempunyai lebih banyak menyentuh soal sintaksis sesebuah dialek. Ini seringkali menjadi persoalan kepada pengguna sesebuah dialek apabila hendak menuturkan dialek mereka mengikut struktur ayat yang betul. Ini dikuatkan lagi dengan kaedah penggunaan subjek dan predikat yang berbeza-beza di setiap dialek selain itu penggunaan kata ganti nama yang berlainan dalam setiap dialek menjadi satu persoalan bagi pengkaji pada masa akan datang untuk mengkaji struktur ayat dalam dialek yang tertentu. Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Terengganu dan Sarawak merupakan suatu variasi bahasa yang unik. Hakikatnya setiap dialek mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan suatu disiplin bahasa dan dialek yang menarik untuk di kaji. Pelbagai kajian perlu di jalankan, misalnya dalam aspek penyebutan vokal, diftong dan konsonan-konsonan tertentu, bukan sahaja dalam dialek Terengganu dan Sarawak tetapi juga dalam dialek-dialek lain seperti dialek Utara, dialek Perak Tengah, dialek Kelantan dan sebagainya. Pada masa akan datang diharapkan agar kajian seperti ini akan diteruskan dan diperbanyakkan lagi untuk rujukan pada generasi akan datang.