Case rape criminal law, Study notes of Law

Rape case criminal law

Typology: Study notes

2015/2016

Uploaded on 08/04/2021

badai-mantera
badai-mantera 🇲🇾

1 document

1 / 9

Toggle sidebar

This page cannot be seen from the preview

Don't miss anything!

bg1
1
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH DI AMPANG
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
NO KES: 85-55-09/2017
83JS-16-09/2017
DAN
83-780-09/2017
(KES DIBICARAKAN BERSAMA)
PENDAKWA RAYA
V
MUHAMAD IZUWAN BIN KAMARUDDIN
ALASAN PENGHAKIMAN:
Dalam kes ini, tertuduh telah dituduh diatas tiga (3) kesalahan. Pertuduhan yang
dikenakan ke atas tertuduh ialah di bawah Seksyen 323, Seksyen 354 dan Seksyen
506 Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga pertuduhan telah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh. Hukuman yang
boleh dikenakan ke atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut juga telah diterangkan dengan
jelas kepada tertuduh. Tertuduh mengaku salah kepada ketiga-tiga pertuduhan
tersebut. Saya telah berpuas hati bahawa tertuduh faham akan akibat dan kesan
pengakuannya ke atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Saya kemudian menerima
pengakuan salah tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kemudian mengemukakan fakta kes sebagai P1.
Secara ringkas fakta kes adalah seperti berikut:
pf3
pf4
pf5
pf8
pf9

Partial preview of the text

Download Case rape criminal law and more Study notes Law in PDF only on Docsity!

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH DI AMPANG

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

NO KES: 85-55-09/

83JS-16-09/

DAN

(KES DIBICARAKAN BERSAMA)

PENDAKWA RAYA

V

MUHAMAD IZUWAN BIN KAMARUDDIN

ALASAN PENGHAKIMAN:

Dalam kes ini, tertuduh telah dituduh diatas tiga (3) kesalahan. Pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh ialah di bawah Seksyen 323, Seksyen 354 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga pertuduhan telah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh. Hukuman yang boleh dikenakan ke atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut juga telah diterangkan dengan jelas kepada tertuduh. Tertuduh mengaku salah kepada ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Saya telah berpuas hati bahawa tertuduh faham akan akibat dan kesan pengakuannya ke atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Saya kemudian menerima pengakuan salah tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kemudian mengemukakan fakta kes sebagai P1. Secara ringkas fakta kes adalah seperti berikut:

Pada 11/9/2017 jam lebih kurang 11.45 pagi, mangsa telah menaiki sebuah ‘Grab Car’ yang dipandu oleh tertuduh dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Taman Maluri untuk ke asrama di Jalan Badak. Setelah beberapa ketika didalam kereta tersebut mangsa mendapati bahawa tertuduh telah membawa kereta ke jalan yang salah dan walaupun ditanya mangsa, tertuduh terus membawa kereta ke kawasan yang pengadu tak pasti dimana.

Tertuduh kemudiannya memberhentikan kereta di satu kawasan hutan simpan dan terus menyerang mangsa yang meronta-ronta di tempat duduk penumpang dibahagian belakang.

Tertuduh menumbuk dahi dan kepala mangsa, mencekik mangsa dan mengugut untuk bunuh mangsa sekiranya tidak mendengar katanya. Mengsa mengikut kata tertuduh yang memegang peha serta dada mangsa tanpa kerelaan mangsa.

Tertuduh kemudiannya mengajak mengsa ke sebuah Hotel dan mangsa mencadangkan untuk mereka ke Hotel di Kuala Lumpur dan tertuduh kemudiannya membawa mangsa ke Hotel Manis di Setapak Kuala Lumpur. Setelah kereta diberhentikan oleh tertuduh, mangsa lari dan ke bengkel berdekatan untuk meminta bantuan. Apabila mangsa berjaya melarikan diri tertuduh juga terus melarikan diri.

Tertuduh memahami fakta kes tersebut serta mengakuinya tanpa syarat. Tertuduh juga mengakui kesemua eksibit-eksibit yang telah ditunjukkan padanya.

Dalam rayuan untuk meringankan hukuman, tertuduh merayu agar dia diberikan hukuman ringan dan berjalan serentak untuk ketiga-tiga pertuduhan memandangkan dia merupakan penanggung tunggal keluarga dan perlu menjaga ibu yang sudah tua dan isterinya yang sakit kerana baru lepas keguguran.

circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.

Hukuman yang diperuntukan bagi ketika-tiga kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh adalah seperti berikut:

  1. Seksyen 323 – Penjara yang boleh sampai satu tahun atau denda yang boleh sampai RM 2000 atau kedua-duanya.
  2. Seksyen 354 – Penjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua dari mana-mana hukuman tersebut.
  3. Seksyen 506 – Penjara yang boleh sampai 7 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Walaupun hukuman bagi Seksyen 323 hanya memperuntukan hukuman penjara maksima 1 tahun namun kesalahan mencabul dibawah seksyen 354 serta kesalahan mengugut bunuh membawa hukuman maksima selama 10 tahun serta 7 tahun setiap satunya.

Dari hukuman yang diperuntukan jelas sekali menunjukkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh ini adalah kesalahan-kesalahan yang serius. Tambahan lagi tertuduh melakukan 3 kesalahan sekaligus terhadap mangsa yang sama.

Mahkamah telah menimbangkan rayuan dan faktor pemberatan yang diberikan oleh pihak pendakwaan serta kesan kejadian ini terhadap mangsa namun faktor kepentingan awam tetap menjadi keutamaan di dalam mahkamah menjatuhkan hukuman.

Dari fakta kes serta gambar tempat kejadian eksibit P7 (A-E) mahkamah dapat memahami kesan kejadian ini kepada mangsa apabila mangsa mengatakan dia trauma dengan kejadian berlaku. Ini kerana melalui gambar tersebut didapati bahawa tertuduh didalam kes ini telah membawa mangsa iaitu seorang pelajar perempuan yang baru

berusia 19 tahun ke kawasan hutan simpan yang mana sunyi dan tidak ada sesiapa di sana.

Tambahan lagi tertuduh didalam kes ini telah melakukan kekerasan fizikal terhadap pengadu dengan menumbuk muka dan kepala pengadu juga mencekik pengadu serta mengugut untuk membunuh pengadu demi untuk memuaskan nafsunya sendiri dan sekiranya tiada kereta yang lalu dikawasan hutan simpan tersebut sudah pasti pengadu telah diperlakukan dengan lebih teruk lagi. (Fakta ini didapati didalam laporan polis pengadu eksibit P2).

Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa sekiranya terdapat elemen kekerasan atau keganasan didalam sesuatu kesalahan jenayah hukuman yang berat harus diberikan kepada tertuduh.

Mahkamah merujuk kes PP V SAFIAN BIN ABDULLAH & ANOR (1983) 1 CLJ 324 dimana mahkamah memberikan hukuman maksima 14 tahun penjara kepada kedua- dua tertuduh didalam kes ini bagi kesalahan membunuh tanpa niat kerana terdapat elemen kekejaman dan keganasan dalam melakukan jenayah tersebut.

Di dalam kes ANUAR SHAARI V PP [2011] 1 LNS 1125, dimana tertuduh didalam kes ini telah dituduh dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Yang Arif Tuan Mohd Amin Firdaus Abdullah, menggantikan hukuman penjara 10 bulan yang diperintahkan oleh majistret dengan hukuman penjara selama 3 tahun oleh kerana kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh bukan saja serius malah kejam.

Mahkamah juga mengambil kira bahawa tertuduh didalam kes ini bekerja sebagai seorang pemandu ‘Grab Car’. Di zaman yang serba canggih ini dimana sepatutnya kemudahan seperti ‘Grab Car’ yang boleh dicapai melalui aplikasi telefon bimbit sepatutnya memudahkan penggunanya. Namun, dengan kelakuan tertuduh terhadap mangsa didalam kes ini secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik ‘Grab

Although the accused pleaded guilty, this was a classic case where the sentence should not be discounted for the purpose of reflecting society’s adhorrence to crime of this nature.

Tambahan pula, di dalam kes LOW OI LIN V R [1949] MLJ 210 , Taylor J, menyatakan bahawa:

I would add that it is very doubtful whether the principle of one-third of the maximum imprisonment was ever generally applied in the Supreme Court. It is impossible to lay down rules for fixing sentences. There are certain factors such as prevalence, difficulty of detection and injury to the public revenue which operate in the direction of severity and others such as leniency to first offenders which operate in the other direction and where, as frequently happens, a number of these factors apply in one case the court must balance them as best as it can. The sentence ought to be an individual one, personal to the prisoner himself, assessed with regard to his moral and financial circumstances as well as to the nature of his offence. And I would add the courts should have greater regard for the offence, the circumstances of the case, the public interest and the reformation of the offender.

Bagi kesalahan dibawah Seksyen 354 kanun keseksaan, di dalam kes PP V ABDUL WAHID MOHD HANEEPA [2010] 1 LNS 1134, di mana tertuduh didalam kes ini juga telah dituduh dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Datuk Akhtar Tahir telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada tertuduh dan menyatakan bahawa:

Saya juga mengambilkira bahawa kesalahan salah laku seksual amat berleluasa di Negara ini dan satu hukuman yang deteran perlu dikenakan supaya ia menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kesalahan-kesalahan seperti ini.

Maka setelah mahkamah menimbangkan dengan seimbangnya, mahkamah berpendapat bahawa hanya hukuman pemenjaraan yang berat yang layak diterima oleh tertuduh didalam kes ini. Sikap tertuduh yang gagal mengawal nafsunya hingga hampir merosakkan keperawanan seorang remaja berusia 19 tahun dikawasan hutan simpan adalah tidak boleh dimaafkan dan perlu diasingkan dari masyarakat untuk masa yang lama.

Mahkamah juga berpendapat hukuman pemenjaraan yang bakal diberikan kepada tertuduh tidak wajar diberikan berjalan secara serentak kerana walaupun berlaku pada tarikh dan masa yang sama tetapi ketiga-tiga kesalahan mendatangkan kecederaan, mencabul serta mengugut tersebut tidak berkaitan diantara satu sama lain.

Di dalam kes Mahkamah Rayuan IWAN BUJANG DARA & ANOR V PP [2017] 1 LNS 285 yang memutuskan bahawa:

The view that we take on the point raised by learned counsel is that sentences of imprisonment should not be made to run concurrently where the offences were committed on two or more different victims even though they were committed in the same transaction. In the present case, the offence of murdering the deceased while committing gang robbery (first charge) and the offence of voluntarily causing hurt to his wife while committing robbery (second charge) are two distinct and separate offences committed on two different victims although committed in the same transaction. Neither offence is subsidiary to the other. In Public Prosecutor v. Yap Huat Heng [1986] CLJ Rep 645; [1986] 1 CLJ 81 ; [1985] 2 MLJ 414 Shaik Daud J (as he then was) had said this at page 416:

"Where two or more distinct offences had been committed, sentences of imprisonment should not be made to run concurrently. It should only be made concurrent when an offender had been convicted of a