Dhuha Prayer Guidance, Essays (university) of Islamic Studies and Culture

Easy ways to conduct Dhuha Prayer

Typology: Essays (university)

2016/2017

Uploaded on 11/15/2017

tae-suga-please
tae-suga-please 🇲🇾

1 document

1 / 16

Toggle sidebar

This page cannot be seen from the preview

Don't miss anything!

bg1
117 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Solat Sunat
SOLAT DHUHA
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih
kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah-
tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah
ra:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada)
Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”
1. Lafaz niatnya;
“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan
dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada
rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha
pf3
pf4
pf5
pf8
pf9
pfa
pfd
pfe
pff

Partial preview of the text

Download Dhuha Prayer Guidance and more Essays (university) Islamic Studies and Culture in PDF only on Docsity!

SOLAT DHUHA

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

1. Lafaz niatnya;

“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha

2. Doa selesai solat Dhuha;

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

2. Doa Tahajjud

Doa-doa yang dibaca pada waktu melakukan solat tahajjud sesudahnya sebaik-baiknya dari ayat al-Quran seperti :

i. Doa ringkas

“ Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkanlah kami daripada seksaan api neraka”

ii. Doa lebih sempurna

Dalam hadis Bukhari dinyatakan bahawa Rasulullah pada masa mengerjakan solat tahajjud akan membacakan doa berikut selepas solat :

“Ya Allah, bagiMu segala pujian. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji. Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah              dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu benar, dan nabi Muhammad saw adah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkau tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir. Tiada tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul ‘alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”

3. Membaca istighfar

i. Sesudah membaca doa banyakkan membaca istighfar yang biasa dibaca

“ Aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya”

1. Lafaz Niat solat

“Aku solat sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Bacaan dalam solat

i. (Solat Pertama) Membaca al-Fatihah diikuti surah al-Ikhlas enam (6) kali, surah al-Falaq sekali, dan surah an-Nas sekali pada rakaat yang pertama dan kedua kemudian disudahi dengan salam.

ii. (Solat Kedua) Membaca al-Fatihah diikuti surah yang dikehendaki pada rakaat yang pertama dan kedua kemudian disudahi dengan salam.

iii. (Solat Ketiga)          al-Ikhlas sekali sesudah al-Fatihah pada rakaat kedua kemudian disudahi dengan salam.

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat sunat yang pernah diajarkan oleh Rasullullah S.A.W kepada bapa saudaranya Saidina Abbas ibn Abdul Mutalib. Di dalam solat ini dibacakan 300 tasbih.

Solat ini digalakkan mengamalkannya tiap-tiap malam, sekali seminggu, sekali sebulan atau setahun sekali dan kalau tidak boleh juga setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

Sekiranya solat ini dilakukan siang hari maka ia mestilah dikerjakan dengan empat rakaat beserta satu salam.

Sekiranya dilakukan pada malam hari, hendaklah empat rakaat dijadikan dua salam.

1. Lafaz niatnya ialah :

“Aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Bacaan tasbih seperti :

“Maha suci Allah Yang Maha Esa, segala puji bagi Allah dan Allah zat Yang Maha Agung”

3. Tempat bacaan tasbih

  1. Berdiri : Selepas membaca surah dibaca tasbih 15 kali
  2. Rukuk : selepas membaca tasbih rukuk dibaca tasbih 10 kali
  3. Iktidal : selepas membaca tahmid iktidal dibaca tasbih 10 kali
  4. Sujud : selepas membaca tasbih sujud dibaca tasbih 10 kali
  5. Duduk antara dua sujud : selepas membaca doa dibaca tasbih 10 kali
  6. Sujud kedua : selepas membaca tasbih sujud dibaca tasbih 10 kali
  7. Duduk istirahat sebelum berdiri dibaca tasbih 10 kali

Jumlah dibaca tasbih 75 kali

Apabila selsesai melakukan empat rakaat solat maka jumlah tasbih yang dibaca menjadi 300 kesemuanya. Sekiranya terlupa membaca tasbih pada mana-mana tempat maka boleh digantikan ditempat berikutnya.

2. Doa Solat Taubat

i. Doa ringkas

“Aku mohon keampunan Allah yang Maha Agung. Tiada tuhan melainkan Dia yang maha Hidup lagi Maha Kekal dan (kepadaNyalah) Aku bertaubat. Taubat (dari) seorang hambaMu yang zalim, yang tidak mempunyai daya upaya, (sama ada) mahu berbuat mudharat atau manfaat atau (sama ada) ketika menghadapi maut atau menjalani kehidupan apatah lagi ketika dibangkitkan semula.”

ii. Sebaiknya dibacakan penghulu istighfar seperti berikut :

“Maha suci Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menjadikanku. Aku adalah hambaMu dan aku (tertakluk) di atas ketentuanMu serta janji-janjiMu sedaya yang aku termampu (memenuhinya). Ku pohon perlindunganMu dari keburukan yang (aku sendiri) lakukan. Aku mengakui (sebenar-benarnya) nikmatMu ke atasku dan aku mengakui (sebenar-benarnya) dosaku. Maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada siapa yang mengampun dosa melainkan Engkau.”

SOLAT SUNAT HAJAT

Solat sunat dikerjakan apabila mempunyai hajat tertentu dengan berharap agar diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Bilangan rakaat adalah dua (2) dan sebanyak-banyaknya dua belas (12) rakaat

1. Lafaz niatnya ialah :

“Aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Setelah selesai solat sunat hajat, duduklah dengan khusyuk sambil membaca istighfar sebanyak 100 kali

“Aku mohon keampunan kepada Allah Tuhanku daripada segala dosa dan aku bertaubat kepadaNya ”

3. Diikuti dengan membaca selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 100 kali

“Ya Allah, berilah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi S.A.W, kesejahteraan yang diredhai dan redhailah sahabat-sahabat sekalian”

SOLAT SUNAT WITIR

Solat witir adalah merupakan solat penutup setelah seseorang bangun malam melakukan qiamulail atau solat tarawih. Jumlah solat witir itu boleh dilakukan sebanyak satu (1), tiga (3), lima (5), tujuh (7), sembilan (9) atau sebelas (11) rakaat. Cara solat witir ialah dengan dua (2) rakaat satu salam dengan ditambah satu lagi solat witir satu (1) rakaat satu salam agar sempurna rakaat ganjilnya.

Solat witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W, pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada ‘Ali r.a, Nabi S.A.W bersabda

“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli al-Quran.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa’ei dan Ibnu Majah)

1. Lafaz niat witir dua rakaat :

2. Lafaz niat witir satu rakaat :

3. Doa sesudah witir :

“Maha suci Allah kami mohon kepadaMu keimanan yang kekal, kami mohon kepadaMu hati yang khusyu’, kami mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, kami mohon kepadaMu jadikan keyakinan kami pada kebenaran, kami mohon kepadaMu agar kami beramal soleh, kami mohon kepadaMu kemantapan beragama, kami mohon kepadaMu kebaikan yang banyak, kami mohon kepadaMu keampunan dan kesihatan, kami mohon kepadaMu kesenangan yang sempurna, kami mohon kepadaMu agar kami bersyukur di atas kesenangan tersebut, kami mohon kepadaMu kecukupan dalam kehidupan. Maha suci Allah Tuhan kami, Kau terimalah solat kami, puasa kami, kedudukan amalan kami, kekhusyukan kami kepadaMu, ketundukan kami kepadaMu Ya Allah Yang Maha Mengasihi (hamba-hambaNya) yang punya rasa mengasihi. Anugerah Allah lah ke atas kebaikan makhlukNya Muhammad serta ahli keluarganya juga sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”

“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini...(nyatakan persoalan anda itu di sini)...baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan didalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini...(nyatakan persoalan anda itu di sini)... tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Taqdirkanlah aku (dengan) kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah Mu.”