




Study with the several resources on Docsity
Earn points by helping other students or get them with a premium plan
Prepare for your exams
Study with the several resources on Docsity
Earn points to download
Earn points by helping other students or get them with a premium plan
students can easily understand some difficult part in easy way
Typology: Exercises
1 / 8
This page cannot be seen from the preview
Don't miss anything!





1 Definisi Paduan/Campuran Pemasaran
Paduan/Campuran pemasaran merujuk kepada kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran bagi menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi.
2 Definisi produk Produk ialah apa sahaja yang boleh ditawarkan di pasaran untuk perhatian, pemerolehan atau penggunaan bagi memenuhi keperluan atau kehendak pengguna. (Samaada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan ).
3 Ciri-ciri produk fizikal Boleh dilihat, boleh dihidu, boleh disimpan, boleh dipisahkan daripada pengeluar. Produk dihasilkan secara seragam.
4 Ciri-ciri barang perkhidmatan Tidak boleh dilihat, tidak boleh dihidu, tidak boleh disimpan, tidak boleh dipisahkan daripada pengeluar. Pengeluaran perkhidmatan tidak seragam.
5 KLASIFIKASI PRODUK i) Produk pengguna ii) Produk industri
6 Definisi Produk Pengguna Produk yang dibeli oleh individu atau isi rumah untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
7 Definisi Produk Industri Produk yang dibeli oleh pengguna perniagaan untuk tujuan digunakan dalam operasi perniagaan, pengeluaran barangan lain, atau untuk dijual semula kepada pihak lain.
8 Jenis-jenis produk pengguna i) Produk Mudah Beli ii) Produk Beli Belah iii) Produk Istimewa iv) Produk Tidak Dicari
9 Produk Mudah beli dibahagikan kepada:-
i) Produk Gerak Hati ii) Produk kecemasan iii) Produk Asasi
10 Produk Mudah Beli - Barang yang selalu dibeli oleh pengguna dan merupakan keperluan harian.
11 Produk Gerak Hati - Produk yang dibeli tanpa perancangan awal. Pembeli tidak terdesak untuk membeli tetapi tertarik disebabkan oleh pembungkusan yang menarik atau harga yang murah.
12 Produk Kecemasan - Produk yang dibeli apabila ada keperluan yang mendesak
13 Produk Asasi - Produk yang kerap dibeli kerana selalu digunakan
14 Produk Beli Belah - Produk yang jarang dibeli di mana pembelian dibuat sama ada sebulan atau setahun sekali.
15 Produk Istimewa - Produk yang mempunyai ciri-ciri yang unik dari segi jenama, gaya atau jenisnya.
16 Produk Tak Dicari - Produk yang memerlukan usaha pemasaran yang meluas untuk meningkatkan kesedaran pengguna.
17 Jenis-jenis Produk Industri - Bahan-bahan dan bahan ganti
18 Bahan-bahan dan bahagian ganti - Terdiri daripada bahan mentah (keluaran tani dan alam semulajadi) dan bahagian bahan yang telah diproses.
19 Item-item modal - Produk industri yang membantu di dalam pengeluaran atau operasi pembeli termasuk pemasangan dan kelengkapan aksesori.
20 Bekalan dan perkhidmatan - Bekalan ialah produk mudah beli bagi industri yang digunakan untuk menghasilkan produk siap. Contoh minyak pelincir.
21 Atribut Produk - Merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu produk yang boleh membezakannya daripada produk yang lain.
31 Pelabelan Merujuk kepada ciri luaran pembungkusan. Ia merupakan sebahagian daripada pembungkusan dan merangkumi maklumat bercetak yang terdapat pada produk/pembungkusan.
32 Tujuan Pelabelan 1. Mengenalpasti produk atau jenama.
33 Khidmat Sokongan - Pemasar juga perlu memastikan pelanggan mendapat khidmat sokongan selepas mereka membuat belian.
34 Tujuan Khidmat Sokongan 1.Menjamin kepuasan pelanggan
35 Kitaran Hayat Produk (KHP) Sejarah hidup/tahap pertumbuhan sesuatu produk sejak produk itu diperkenalkan di pasaran sehingga ianya ditarik keluar dari pasaran.
36 Peringkat KHP i) Pengenalan ii) Pertumbuhan iii) Kematangan iv) Kemerosotan
37 Penentuan Harga - Harga adalah nilai yang diletakkan ke atas sesuatu barangan ataupun perkhidmaatn yang dijual.
38 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penentuan Harga
39 Pengguna - Merujuk kepada sasaran pengguna atau sesiapa yang akan menggunakan produk tersebut.
40 Kos - Kos menentukan harga minimum yang boleh ditetapkan ke atas sesuatu keluaran.
41 Dasar Kerajaan - Kerajaan boleh mempengaruhi penetapan harga melalui dasar, akta dan peraturan tertentu dalam negara.
42 Saluran Pengedaran - Merupakan orang tengah yang terlibat di dalam pemasaran barangan seperti agen, pemborong dan peruncit.
43 Persaingan - Keputusan penentuan harga syarikat boleh juga bergantung kepada harga yang ditawarkan pesaing serta kemungkinan tindakbalas pesaing terhadap penentuan harga yang dilakukan oleh syarikat.
44 Objektif Syarikat - Sesebuah syarikat mempunyai objektif-objektif perniagaan yang tertentu.
52 Promosi Aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan produk dan memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya
53 Campuran/Paduan Promosi i) Pengiklanan ii) Promosi Jualan iii) Jualan Peribadi iv) Perhubungan Awam v) Pemasaran Digital
54 Pengiklanan Merupakan suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar ditujukan kepada pihak-pihak tertentu melalui media cetak atau elektronik.
55 Promosi Jualan Merupakan penawaran insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan produk, menerusi pemberian alat-alat promosi jualan.
56 Alat-alat Promosi Jualan - Kupon
57 Jualan Peribadi Merupakan pembentangan/komunikasi/interaksi peribadi oleh jurujual syarikat bertujuan untuk menarik minat, mencipta jualan, dan membina hubungan baik dengan pelanggan.
58 Perhubungan Awam Merupakan komunikasi yang dibentuk bagi membina hubungan baik dengan pelbagai pihak melalui
a. Hubungan akhbar/wakil akhbar b. Publisiti produk dan jenama. c. Hubungan awam. d. Lob i e. Hubungan pelabur f. Pembangunan
59 Pemasaran Digital Merupakan aktiviti memasarkan produk menggunakan laman sesawang, media sosial, aplikasi mobil, video atas talian, emel dan blog yang melibatkan pengguna di mana sahaja, pada bila-bila masa melalui peralatan digital
60 Pengedaran Merujuk kepada proses memindahkan barangan dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi pada masa yang dikehendaki oleh mereka.
61 Tahap Saluran Pengedaran i) Pengedaran langsung
Pengeluar – Pengguna
ii) Pengedaran Pemborongan
Pengeluar – Pemborong – Peruncit – Pengguna
iii) Pengedaran Peruncitan
Pengeluar – Peruncit – Pengguna
62 Strategi Pengedaran i) Intensif
Pengeluar-Peruncit – Banyak Peruncit
ii) Selektif
Pengeluar – pemborong – ( Peruncit 1 + Peruncit + Peruncit 3)
iii) Eksklusif
Pengeluar – Peruncit terpilih