

Study with the several resources on Docsity
Earn points by helping other students or get them with a premium plan
Prepare for your exams
Study with the several resources on Docsity
Earn points to download
Earn points by helping other students or get them with a premium plan
zxsacsac - zxsacsac
Typology: Exams
1 / 2
This page cannot be seen from the preview
Don't miss anything!


Pada sudut pandangan,negara bangsa merupakan suatu unsur yang penting dalam memastikan proses pentadbiran kerajaan berjalan lancar.Budaya politik dan etnografi serta etnisiti merupakan elemen penting dalam proses pembinaan negara bangsa. Konflik berkaitan ras ,etnik, kelas bahasa,kelas pendidikan harus dielakkan dalam mencapai konsep negara bangsa. Kelompok etnik dalam malaysia dapat dilihat dengan tertubuhnya parti politik seperti UMNO, MCA, MIC,dan DAP dimana parti UMNO mewakili orang mealyu, MCA dan DAP mewakili orang cina,MIC mewakili orang india. Konsep Negara boleh diertikan sebagai medium bagi kerajaan menjalankan agenda mentransformasikan negara. Kerajaan dipilih melalui pilihanraya, dimana rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin. Justeru, tidak hairanlah sekiranya kerajaan yang memimpin bersifat teruk, kerana rakyat yang majoritinya bersikap sama.Bagaimanapun kerajaan masih tetap penting lantaran tanpa adanya kerajaan, negara akan menjadi huru hara dan kacau bilau.Kerajaan masa kini merujuk kepada badan perundangan, badan pelaksana, badan kehakiman. Negara dan kerajaan mempengaruhi keseluruhan sistem perundangan, aktiviti harian , sikap masyarakat dan peradaban manusia itu sendiri.Perlembagaan merupakan undang undang yang menentukan cara pentadbiran Negara.Negara melibatkan dua aspek iaitu mempunyai sejumlah masyarakat yang mendiami wilayah tertentu dan seterusnya masyarakat yang tinggal, terlibat serta tertakluk dibawah satu kuasa kerajaan.
Sebagai refleksi, pembentukan sebuah negara bangsa memerlukan jangka masa yang panjang dan melibatkan kerajasama dari semua pihak yang mendiami negara tersebut.Negara bangsa akan memacu kepada sistem kehidupan yang bersatu padu , aman , dan baik dari segi kemasyarakatan, budaya politik beserta ekonomi. Negara bangsa bergerak sealiran dengan sikap patriotik dan perpaduan , dimana masyarakat mempunyai semangat kecintaan yang tinggi terhadap negara .Proses pembinaan Negara bangsa adalah bertepatan dalam usaha mencari titik persamaan dalam kalangan masyarakat majmuk sepertimana di Malaysia.Titik persamaan merujuk kepada hal politik, pembahagian kelas ekonomi dan pentadbiran ,kawasan kekuasaan , pertahanan dalam negara. Wujud tiga bentuk pembinaan negara bangsa di dunia ini iaitu Negara bangsa klasik tua, negara bangsa pelbagai budaya, dan negara bangsa payung anak watan.Isu bahasa, budaya , agama, dan kekeluargaan adalah ciri ciri yang sering digembeling.
Politik di Malaysia mempunyai sejarah dan asal usul yang membawa kepada perkembangan pembinaan Negara bangsa. Pembentukan UMNO pada asalnya bagi mengekang kuasa British terhadap rakyat dan Raja melalui Malayan Union. MCA dan MIC pula bagi menjaga kepentingan masyarakat cina dan india meskipun penduduknya dalam bilangan minoriti. Isu perkauman bukan merupakan isu baru , namun isu ini telah wujud sekian lama yang dicetuskan oleh pihak yang berkepentingan dan jahat.Dari sejarah Malaysia gabungan antara pertubuhan parti politik dilakukan secara berperingkat dan terbukti berjaya ketika mana Malayan Union Berjaya ditentang.Perubahan sistem politik bagi menjaga perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat apabila cogan perjuangan UMNO ditukar dari “hidup melayu” kepada
“Merdeka”. Penerapan sistem british yang mengasingkan penempatan mengikut bangsa, sistem persekolahan yang berbeza menyebabkan perpaduan dalam masyakat luntur.Pada awalnya gabungan parti politik bermula diantara Parti UMNO dan MCA, namun melihat kepada kejayaan pada pilihanraya umum, UMNO dan MCA seterusnya mewujudkan gabungan dengan parti MIC dan membawa kelebihan yang sangat besar dalam pilihanraya.Sikap toleransi dicetuskan dalam hal berkaitan pembahagian kerusi meskipun majoriti besar kerusi dipertandingkan atas tiket UMNO.Penubuhan Barisan Nasional yang merupakan satu gagasan parti komponen pelbagai kaum diwujudkan kerajaan perikatan yang peringkat awalnya terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, PAS, Parti Progresif Rakyat (PPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputra dan United Sabah National Organisation (USNO). Penubuhan ini dilakukan bagi mengurangkan politik perkauman dan bagi menggerakkan kearah perpaduan dan pembangunan sosial.Namun dengan perkembangan politik pembangkang menyebabkan ketika pilihanraya umum ke 12 ,menyaksikan Barisan Nasional dinafikan dua pertiga majoriti di parlimen dan kehilangan lima negeri dikuasai pembangkang. Hal ini disebabkan oleh pembangkang yang meniru sistem gabungan parti iaitu mewujudkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-melaysia (PAS) dan Parti DAP.Namun dengan kepincangan yang berlaku dalam pakatan rakyat menyebabkan tercetusnya blok politik ketiga yang terdiri dari PAS, BERJASA, dan parti ikatan bangsa Malaysia(IKATAN).Pelbagai transformasi politik, ekonomi dan tadbir urus negara diperkukuhkan kerajaan Barisan Nasional bagi terus memenangi hati rakyat dan menerajui tampuk pemerintahan negara. Kekuasaan kerajaan dalam menguruskan pilihanraya khususnya perjalanan pilihanranya, persempadanan kawasan pilihanraya baharu, bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM), penguasaan media bakal memberikan kelebihan sekali lagi kepada BN untuk terus memerintah. Namun , Negara dikejutkan lagi dengan penubuhan parti PRIBUMI BERSATU yang dicetuskan oleh Tun Mahathir , dan parti ini kelihatan rancak menyatu padukan semua blok politik pembangkang yang berpecah. Ini memberikan tamparan hebat kepada Barisan Nasional terhadap kewibawaan dalam menerajui pentadbiran negara. Justeru, persoalan parti politik manakah yang bakal menejarui tampuk pemerintahan negara bakal terjawab pada pilihanraya umum ke 14 nanti.
Kesimpulannya, dalam membentuk sebuah negara bangsa, kesepaduan antara pembangkang dan kerajaan haruslah dititikberatkan. Isu perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin politik tertentu seharusnya dielakkan bagi mengelakkan peristiwa 13 mei berulang.Selain itu, urusan perundangan dan kehakiman negara hendaklah dihalang dari diterajui oleh campur tangan asing yang mempunyai muslihat licik tersendiri.Masyarakat hendaklah bersikap lebih terbuka dalam menerima kebenaran, dan bukan hanya terus patuh dek kerana taksub terhadap pemimpin politik yang mereka sanjungi meskipun telah mengetahui hakikat kebenaran.